Followers

Saturday 15 June 2013

Info Zakat~sekadar berkongsi ilmu...

Assalamualaikum...

Terjaga diawal pg....jam baru pukul 4.22am,ape nak buat ni, niat dihati nak mengadu pd si pencipta Alam maha suci ALLAH SWT,tp opsss..he3,rupanya2..mcm biasa ayat saya yg korg kena pikir sendiri....

So,dah terjaga ni mls pulak nk sambung tido, mari kawan2 kita share ilmu sikit...apekah..?ok since saya keje sekarang incharge untuk payroll ada dpt info sikit berkaitan POTONGAN ZAKAT BULANAN...

Segala info2 ni pun saya search juga dr laman rasmi MUIP... http://www.muip.gov.my/index.php?option=com_frontpage&Itemid=1

KEWAJIPAN MENUNAIKAN ZAKAT
Firman Allah..
" Dan dirikanlah kamu akan solat dan tunaikanlah zakat "
Al-Baqarah, ayat 43
...
Firman Allah..
" Ambillah sebahagian daripada harta mereka menjadi sedekah (zakat) supaya dengannya dapat membersihkan diri mereka daripada dosa dan menyucikan mereka dari akhlak yang buruk.."At-Taubah, ayat 103
...
Hadith Rasulullah S.A.W
" Bentenglah harta kamu dengan berzakat dan ubati pesakit-pesakit kamu dengan bersedekah serta hadapilah gelombang bala dengan menangis dan mengadu kepada Allah "Riwayat Abu Daud, At-Tabarani dan Al-Baihaqi
...
Kewajipan mengeluarkan Zakat kepada pemerintah
Hadith Rasulullah S.A.W, diriwayatkan oleh Sa'id ibn Mansur dari Suhail r.a katanya :
" Telah berkumpul padaku nafkah, yang padanya ada zakat, yakni telah sampai nisab zakat, maka aku bertanya kepada Saad Ibn Umar, Abu Said Al-Khudry, Abu Hurairah, kataku: Apakah aku mengagihkannya sendiri atau aku berikan kepada penguasa? Semua mereka menyuruh aku memberikan kepada penguasa. Seorang pun tidak akan ada di antaranya yang menyuruh aku agih sendiri.."
...
 SYARAT WAJIB ZAKAT 


Pertama - IslamZakat diwajibkan ke atas orang Islam sahaja.
Orang bukan islam tidak diwajibkan zakat.

Kedua - Merdeka
Zakat diwajibkan keatas orang Islam yang merdeka.
Hamba tidak wajib mengeluarkan zakat.
Ketiga - Sempurna Milik
Harta yang dimiliki dan kuasai sepenuhnya oleh orang Islam yang merdeka dan bebas untuk menggunakannya.
Keempat - Cukup Nisab
Nisab ialah kadar minima yang ditetapkan oleh syarak bagi sesuatu harta untuk dikeluarkan zakat. Kekurangan daripada kadar tersebut menggugurkan kewajipan berzakat.
Kelima - Sempurna Haul
Harta yang telah cukup nisab hendaklah berada dalam pemilikan dan simpanan selama setahun iaitu pusingan 12 bulan tahun Hijrah (354 hari)

sebenarnya ape yang ingin saya kongsikan adalah bayaran zakat dr potongan gaji bulanan kita, saya sendiri pun baru daftar n potong bermula June 2013, saja nak share info n maklumat ni,kadang2 kita xterdedah dengan perkara2 berfaedah mcm ni...maklumat ni semua saya copy n paste aje....

 FAEDAH MENGGUNAKAN KEMUDAHAN PEMBAYARAN ZAKAT MELALUI POTONGAN GAJI
  •  Menjimatkan masa tanpa perlu hadir ke kaunter pembayaran zakat.
  •  Mendapat rebet bagi tolakan cukai pendapatan individu.
  • Meringankan bebanan dengan bayaran zakat secara bayaran bulanan.
  • Mengelakkan daripada terlepas menunaikan zakat pada waktunya.    
ni pula link untuk kita refer berapa bayaran zakat yang kita patut potong tiap2 bulan mengikut jumlah pendapatan bulanan kita...


Banyak lagi sebenarnya benefit2 lain dan manfaatnya yang kita kena tahu tentang zakat ni...agihan duit zakat tu pun kita kena tahu...In Sha ALLAH ada masa dan peluang kita kongsikan bersama lagi...adik saya pun salah seorang penerima bantuan dr MUIP..ALHAMDULILLAH,Terima kasih ya ALLAH...

~ saya xsesempurnanya seperti mana sesuatu yg sempurna itu, saya cuma manusia yang terlalu byk khilafnya....mencari redhamu ya ALLAH adalah misi saya, maafi saya jika rasa ada info yg salah..tegurilah saya disetiap kesilapan yg lalu....~~ (saja kata2 semangat sikit)

my desk, my task, my work...Alhamdulillah


moga ilmu yg cetek dr saya ni dapat dikongsikan bersama.... Wassalam.


~~ailaungu~~
sekian....




No comments:

Post a Comment